Sunday, September 14, 2008

THE PROFILE

Mohd Muazan Bin Mohd Mohsin, 22 tahun, merupakan pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan awam di UNITEN. Beliau lebih dikenali oleh sebilangan pelajar berdasarkan latar belakang akademik beliau yang pernah mengikuti pengajian selama 4 tahun di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi. Disamping pendedahan yang meluas didalam aspek kepimpinan yang diterapkan kedalam setiap pelajar Maktab Tentera DiRaja itu beliau juga dikenali ramai melalui penglibatan beliau didalam bidang sukan terutamanya dalam sukan rowing. Pernah mewakili UNITEN didalam pelbagai jenis kejohanan rowing seperti MASUM, Uniten Rowing Invitional, ASIAN Varsity Boat Race dan Merlion Championship di Singapura dan memenangi beberapa pingat gangsa atau dengan kata lain beliau mempunyai latar belakang yang baik didalam sukan di UNITEN dan beliau masih aktif mewakili pasukan rowing UNITEN. Beliau juga pernah menyertai Karnival Sukan Mahasiswa mewakili CE&ME dalam acara bola tampar dan membantu pasukannya meraih pingat perak. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Biro Editorial dalam kelab sukan terbaik pada sesi lepas iaitu Uniten Rowing Club dan sekarang beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden didalam kelab yang sama.

Beliau telah mengambil keputusan untuk melangkah lebih jauh dengan memilih untuk menjadi calon didalam pilihanraya MPP UNITEN bagi sesi 2008/09 dan seterusnya mengharapkan agar berjaya menjadi MPP untuk mewakili pelajar didalam menyuarakan masalah-masalah terkini semua pelajar UNITEN dan cuba untuk membuat perubahan untuk kebaikan semua pelajar disamping ingin mengutuhkan kembali reputasi MPP UNITEN yang selama ini banyak diragui dan diperkatakan oleh pelajar UNITEN sendiri.

Didalam manifesto-manifesto yang akan diperjuangkan, beliau lebih berpendirian untuk mengorak langkah mengikut keupayaan diri sendiri tanpa perlu memberikan janji-janji yang hanya diadakan semata-mata untuk meraih undi para pelajar. Disebabkan beliau mempunyai latarbelakang didalam sukan yang baik, beliau juga akan memperjuangkan mengenai bidang sukan di UNITEN disamping dasar-dasar kebajikan pelajar yang setiasa didamba agar kebajikan mereka dijaga.

Mohd Muazan dilihat akan menggunakan aset beliau didalam asas kepimpinan yang beliau pelajari di Maktab Tentera Diraja dan latar belakang sukan yang boleh dibanggakan untuk meraih undi. Kredibiliti beliau tidak boleh disangkal lagi dan karisma dan gaya bersahaja beliau amat dilihat sebagai bakal menjadi satu pembaharuan yang unik didalam memartabatkan kembali MPP UNITEN yang lemah dan memberikan era kepimpinan yang baru untuk semua pelajar UNITEN.

"I'm asking you to believe in yourself because together we can make a difference"

"THINK CHANGE, THINK 8"

"MAJULAH SUKAN UNTUK UNITEN"

No comments: