Monday, September 15, 2008

PENERANGAN KETIKA MENGUNDI (PENTING!!)

Tahun ni kita boleh mengundi sebanyak 3 calon pilihan. Cara-cara nak mengundi ni penting kerana undi rosak bukan sahaja merugikan calon-calon yang bertanding, ia juga akan merugikan masa anda yang mengundi. Ni contoh rupa kertas undi yang dilukis. Undi yang betul ialah dengan meletakkan 3 nombor berlainan di dalam kertas undi. Jangan salah tulis, yang tulis nombor 1 macam 7 tu tulis betul-betul. Tulisan yang tidak dapat dibaca boleh dikira sebagai undi rosak!

Contoh kertas undi yang valid:



Atau kalau taknak tulis 3 nombor pun, tulis satu nombor calon pilihan anda dan biarkan tempat lain kosong (jangan diconteng).

Contoh:

Jangan tulis nombor kosong pulak!

Contoh:


Dan jangan tulis nombor calon yang tak wujud. Pilihanraya kali ini hanya ada calon 1 - 16 sahaja.
Kertas undi yang mempunyai 2 nombor yang sama juga dikira sebagai undi rosak. Seperti contoh di bawah, calon nombor 2 tidak dikira undinya kerana nombor lapan ialah undi rosak.

Dan jangan conteng juga kertas undi.Koyak pun tak boleh.
Summary:

Kertas undi yang betul:

  1. 3 nombor calon yang berlainan ditulis
  2. Tulis kurang daripada 3 nombor calon tetapi biarkan kotak lain kosong.

Kertas undi rosak:

  1. Tulisan yang susah dibaca
  2. Nombor calon yang tak wujud ditulis
  3. Dua nombor calon yang sama
  4. Kertas undi terkoyak
  5. Kertas undi diconteng


Tarikh Pidato Umum & Pilihanraya


15/9/2008 (Isnin)BM foyer, COE -> 12 - 2 pm

16/9/2008 (Selasa)COIT -> 12 - 2 pm

UPTEN -> 9.30 pm - 12 pm

18/9/2008 (Khamis)Hari Mengundi -> 9 am - 4 pm


*Jangan lupa pakai ID*

No comments: