Tuesday, September 16, 2008

JENTERA PILIHANRAYA MPP CALON NO.8 MULA BERAKSI

Pada malam Isnin lebih kurang pukul 10.30 malam, jentera pilihanraya Mohd Muazan (No.8) mula keluar untuk memanaskan lagi suasana pilihanraya di UNITEN dengan menaikkan poster-poster calon no.8 dan banner yang baru diterima pada waktu petang.

Semua jentera pilihanraya bersungguh-sungguh memilih "Hot Spot" untuk menempatkan poster-poster serta banner yang ada. Lebih kurang 10 orang telah melaksanakan aktiviti pada malam itu dan diakhiri dengan kenaikan banner calon No.8 di pintu gate 2 UNITEN. Semuanya telah berjalan dengan lancar walaupun hujan mula turun sedikit pada lewat malam tersebut. Terima kasih diucapkan pada semua krew pada malam itu Megat, Adzale, Nik Ariff, A Chong, Hamzah, Faliq, Afiq, Sobirin, Ruzlin dan Meng.

From left: Achong, Hamzah, Faliq dan Afiq.



From left: Mohd Muazan (No.8) dan Faliq

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu calon No.8 dalam menempuhi pilihanraya pada kali ini. Kerjasama anda amat dihargai.

No comments: