Thursday, September 18, 2008

KEPUTUSAN AKHIR PILIHANRAYA MPP UNITEN 08/09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Disini saya ingin mengumumkan keputusan akhir pilihanraya MPP 08/09 yang berlangsung petang tadi di Bangunan Pengurusan selepas 1 jam setengah mengira undi. Saudara Syafeeq berjaya mendapat kutipan undi paling tinggi diikuti oleh saudari Shafawati. Tempat ketiga diraih oleh saudara Liew dan keempat dimenangi oleh saya sendiri. Calon-calon lain yang berjaya mendapat tempat didalam perwakilan adalah saudara Hamdan, Aliff, Shahreza, Hidayah, Shiela, Pratip, Kanes dan Masen.
(sorry kalau salah eja nama korang =) ).

Walaubagaimanapun, saya mewakili semua wakil-wakil MPP yang baru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turun mengundi walaupun pada mulanya agak sedih kerana bilangan yang mengundi tidak sampai seribu lima ratus orang. Namun sebagai perwakilan pelajar, kami tetap akan cuba berusaha dalam setiap perjuangan yang telah digariskan oleh kami sebelum ini.

Sokongan yang berterusan daripada anda semua amat dihargai. Terima Kasih!

"CHANGE WE NEED"

No comments: